Wednesday, January 19, 2011

:: "Masalah saya,saya x tahu apa masalah saya"::

Ramai orang kate, hidup itu indah..

Tapi ade orang kate, hidup itu payah..
Susah atau mudah sebuah kehidupan, kita yang mencorakkannya..

Betol x?
Ape la Cik Lala berpuisi2 bagai nih...
Hentah ler...Jiwa tengah jiwang...erk~
Nak cite ape nih eh..
Hmm..

Semenjak dua menjak ni kan, Cik Lala banyak berfikir..
Pasal hidup, pasal mati, pasal keluarga, pasal Mr.B, pasal kawan, dan paling penting pasal diri sendiri..
Pejam celik, pejam celik, Cik Lala terfikir.Macamana kalau malam ni Cik Lala pejam mata, esok dah x celik2 dah?
Macamana kalau orang2 yang Cik Lala sayang sekalian, malam ni pejam, esok kalin dah x celik dah?
Boleh ke Cik Lala?Kuat ke?Cukup ke amalan selame ni?
Bukanlah Cik Lala mendoakan yang buruk2, tapi kan mengingati mati itu sunat..
Jadi Cik Lala sentiasa berdoa...

Cik Lala berfikir lagi..
Hidup Lala ni ada susah, ade senang. Ade mudah, ade payah. Sekejap kat atas, sekejap kat bawah. Sekejap suka, sekejap x suka. Macam2 kita akan tempuh selagi kita masih bernyawa kat muka bumi ni. Tahun ni masuk la 24 tahun Cik Lala ade kat atas bumi ni. dah 24 tahun...lame x? Setengah orang akan kate "Alah, baru 24 tahun je kot..", ade jugak setengah orang akan kate "Kalau kau 24, aku ni ape?", tapi ade jugak orang akan kate "ye..betul jgk...satu jangka masa yang panjang untuk kita sampai umur tertentu". Cuba kita kenang balik masa kita kecik2 dulu.....Seronok x?Ingat lagi masa kita ikut kawan2 panjat pokok, ejek2 kawan, main baling2 selipar,gaduh2, mak2 kita selalu bising sebab balik senja2 kn...Biasalah.Budak tengah membesar.Lepas dari tu kita makin besar.Habis sekolah menengah dah.Masing2 sibuk dengan hala tuju masing2.Ada yang masuk universiti, ade yang sambung belajar kat oversea, ade yang terus kawin, ade yang merantau jauh untuk bekerja..Masing2 dah sibuk dengan diri sendiri. Dah x sempat nak fikir life orang lain..Masa ni, kita dah pandai berkawan2, bercinta2, break-up je sampai 3-4 kali setahun... Dan sampai satu tahap, masing2 dewasa..Dah 20-an dah semuanya.Tiap2 bulan kita akan dapat kad jemputan kawin dari kawan2 yang dulu terkinja2 main lompat2 getah ngan kita, yang main sorok2 dalam kelambu tu.Sepupu2 sebaya semua pun dah ade yang bertunang, dah kawin, dah anak 3 pun ade....Dan kita.Masih kat sini.Masih tetap diri kita.Banyak ke yang berubah?Take ur time to think..

So, rase x?Jauh dah kan kita tinggalkan masa lalu kita? Cik Lala try blajar untuk sedar kat mana tapak Cik Lala sedang berdiri..Mana dunia Cik Lala sebenarnya..Trying hard to adapt a new phase of life.Rase macam kecik2 je lagi..

"I'm 24..and it seems like nothing..."
"The more I want to know, the more i don't know"
"What am I suppose to be like?"

Fikir2 balik..xde ape pun yang interesting dalam hidup Lala..semuanya sederhana.Xseronok kan.Macam play safe.
Kalau setakat nak berangan, 24 jam pun boleh.Xkan penat.Xberpeluh pun.
Tapi Lala nak lebih dari tu.Manusia ni kan tamak.Xkan puas dengan apa yang dia ade.Dan sekarang Lala da kene penyakit tamak tu.So camne?

Lala nak semuanya the best, Lala nak semuanya hebat, Lala nak selalu dapat sebut "Wahh!!", Lala nak pengalaman, Lala nak pengajaran, Lala nak hidup yang menakjubkan.
Tapi....
I don't have money,
I don't have life,
I do have someone,
But I have nothing...

"I hate myself'"

2 comments: