Saturday, July 14, 2012

Clumsy Story #1

Di saat2 usia sudah tidak berapa nak muda remaja and kedut2 dimuka sudah menampakkan kehadirannya ni kan....penah x korang kira berapa banyak benda bodoh yang pernah korang buat atas dunia ni? I mean, not 'bodoh' yang 'bodoh' tu...but more like benda-benda yang korang rasa memalukan diri sendiri n rasanya tak sepatutnya terjadi kot..ataupun monolog2 seperti "Oh My God, what am i doing?!!" n "Demit...ini tak sepatutnya terjadi" Yaaahhh..something yang macam tu la...ade x?

Ok, secara jujurnya, Lala mengaku Lala pernah buat benda-benda bodoh tu....bukan sekali...tapi SETIAP KALI!! huaaaaaa..

So, post ni purposely di buat sebagai permulaan kisah2 clumsy Lala..ni kira sebagai kenangan la kan...n jugak, as a reference so that x lupa di kemudian hari...mean, bila buat post macamni, boleh la buat checklist..camni : "oh, yang ni dah pernah terjadi..ok, tick." and " ok, yang ni da jadi, so dah jangan nak repeat balik ok" etc etc etc...

Sebagai pembuka segmen clumsy kali ni, Lala nak kongsi dengan you all clumsy story yang pertama..

Masa   : Petang
Lokasi : Sebuah Pusat Training di Bangi ;)
Kronologi  : Lala sedang 'undergo' (xjumpa malay word yang sesuai) sebuah induction program yang diwajibkan oleh company untuk semua staff2 baru kat sebuah pusat training. So setelah di cut-cut benda yang xpenting untuk di ceritakan, ini kisah sebenarnye...Salah satu aktiviti yang Lala kena buat ialah membina menara KLCC menggunakan lelidi and bebola bermagnet yang you all tengok seperti di bawah ni..


Nampak? cantik x? okeeeeyyy la jugak bukan..hehe..sebagai perkongsian dengan awak-awak semua juga, sejarah pembinaan KLCC ialah ia di bina oleh dua construction company yang berbeza. Sebuah menara dibuat oleh Jepun and yang sebelah lagi by Korea..x percaya? xpercaya sudah..So kitorang sume act as 2 different company trying to construct this tower which means both of our goal should be the same and same goes to the plan, design, size, specs and bla bla bla...Cabarannya ialah, 2 company ni dipisahkan..so, jepun xtau korea bina camne, korea xtau jepun bina camne..juz ada beberapa orang yang dilantik sebagai orang2 besar menjadi reps company yang akan sit together with the other company's reps to discuss the plan and semua2 yang di atas tadi so that everything will be align..kan? Reps ni akan go back to their respective company and communicate ape yang diorang dah bincang dalam meeting bersama company yang lagi satu tu dengan team members. Cuma Lala nak korang tau la kan...bende ni memang susah gile..name je ramai engineer dalam group ni tapi xde sorang pun amik civil..haha. So agak merangkak2 jugakla kitorang ni kan nak memplan dan sebagainya. Masa yang di beri hanyalah selama 1 1/2 jam x silap...Setelah bertungkus lumus, masa pun habis...malah sudah terlebih dari masa yang dijanjikan...soooooo, sume team member yang lambat or melebihi masa kena denda..seringgit untuk satu minit yang telah dibazirkan..huooooo..masyukkk wehh...kitorang ade tabung tau..name die "Tabung mualambat". Anything that relates to 'lambat' akan menderma paksa ke tabung ini..haha! Ok2, sambung balik..lepas semua da siap membina, cabaran seterusnya adalah upacara penyambungan 2 tower ni..nak gerak sikit pun dah roboh..inikan lagi nak menyambung2..tapi at last inilah hasilnya..kami semua bertepuk tangan dan merasa amat bangga kerana telah berjaya mendirikan sebuah bangunan yang walaupun x setinggi bangunan KLCC yang sebenar tetapi kami puas dengan hasil kerja dari titik peluh sendiri...jerih perih dan kerjasama pasukan tu yang lebih penting..kan kan kan...then, in the end of the class fesi pun suruhla buat recap kan...kitorang pun kembali ke tempat masing2 dimana tempat Lala adalah ditengah belakang kelas..(sitting arrangement adalah berbentuk 'U' untuk pengetahuan anda semua)..dan KLCC tadi pula telah diletakkan diatas meja juga jauuuuhh di belakang kelas. Jadi kan you all, bila tengah discuss in group tentang pengajaran2 yang kami dapat daripada aktiviti ini..Lala sambil2 usha2 balik KLCC ni..Lawaaaa~...(angguk2). Then fokus balik dalam perbincangan kumpulan...sambil bersandar dimeja...then......TRANGGGGGGG!!!!!! meja tu terbalik!!! n KLCC pun roboh!!!! omaigod!!!! Disebabkan sangat terkejut, Lala x toleh pun tengok sejauh mana kemusnahan yang telah terjadi dibelakang Lala tu...just pandang ke arah warga2 kelas yang sedang tertumpu perhatiannya kepada Lala dan juga kemusnahan dibelakang. Jadi....Lala hanya mampu....membuntangkan mata...menelan air liur yang kering dan kelu seribu bahasa...Sekian, wasalam..

2 comments:

  1. HAHAHA..
    dapat bayangkan keadaan tue..
    chill ea cik lala..
    mesti chumel kan wajah kecut cik lala
    time tue..kikiki

    ReplyDelete
  2. haha...and the class call me as 'Pemusnah' since then.. (-_-")

    ReplyDelete