Wednesday, October 31, 2012

Clumsy Story #3,4,5,6,7,8,9,10,11


Hello everybadeeehhh...

Sila angguk jika anda pernah buat perkara di bawah...

  • Scan staff ID kat LRT scanner.
  • Scan ATM kad kat LRT scanner. 
  • Scan Touch n' Go kat office scanner <----- giler..="giler.." li="li" noob="noob">
  • Masuk lif tanpa tekan apa2, pastu maki lif tu nape lembab sangat (-_-!)
  • Sesat dalam lif
  • Bila nampak escalator, automatik ternaik walupun xde niat nak naik/turun.
  • Terkeluar train sebelum sampai ke destinasi, nak cover malu punya pasal, hang keluar tapi hang masuk balik kat coach lain..jauh sikit dari coach asal..yang ni sumpah lawak :D
  • Tanpa sedar terambil bedak Miami and letak kat telinga and terus cakap "Hello."
  • Report kat kaunter kad Touch n' Go ada problem, baki tidak mencukupi katanya. Tapi semalam baru topup takkan hari ni dah tinggal RM2.50?? Gaduh punya gaduh, rupanya ada 2 kad dalam purse. K, bai akak kaunter.  
Sekian kisah benar dari Lala.

Looking forward for the next stupid things...yeah right! grrrrrr


Saturday, July 14, 2012

:: Lala @ France #2 ::

Nak baca post ni xbest kalau xtau apa yang jadi dalam post sebelum ni..so kena baca Lala @ France dulu baru boleh faham cerita kali ni.

Ok!
Siri kedua Lala @ France starts now...

Lepas jadi jakun 5 minit tengok lokasi percutian kali ni, rasanya eloklah kalau kami pergi check-in bilik dan standby untuk jakun balik kejap lagi..sebab...korang nampak x tingkap-tingkap dalam gambar kat bawah ni?
Itu lah bilik yang kitorang da booked untuk malam ni!! weehooo~
Tunggu..kita akan masuk sebentar lagi..


Untuk panduan sesiapa yang berniat untuk ke Bukit Tinggi ni, Lala boleh kongsi beberapa info tentang penginapan, tempat makan, and lokasi2 menarik yang ada kat atas bukit ni.

Penginapan :
Korang ada beberapa pilihan..
1. Colmar Tropical (Lokasi: Seperti dalam gambar) : yang ni memang atas bukit..siap boleh nampak Genting tau dari bilik Lala.
2. Ade sebuah hotel lagi sebelah Colmar Tropical ni cuma x ingat nama..so korang kena menggoogle la ye.
3. Ada beberapa pilihan lagi tapi yang ni lokasi dia di bahagian bukit bawah sedikit daripada yang 1st nd 2nd tadi.
4. So far, itu je yang Lala perasan...korang kena google tengok kalau ada lagi tempat lain. but make sure lokasinya x jauh n sunyi dari tempat lain.

* Ini contoh pemandangan apartment kitorang..sume complete..besarkan?? pintu tu bilik..dalam bilik ada 1 pintu lagi  yag di dalammya ada almari n toilet.


* sangat semulajadi..udara yang segar dan sangat jauh dari pencemaran bunyi..gambar kedua pulak pandangan dari dalam bilik...kat luar tingkap tu nampak bukit lagi kan? kat atasssss tu ade Genting. ^^

Tempat Makan :
Selain daripada restaurant/cafe yang memang dah sedia ada kat hotel masing2, kat Colmar Tropical tu sendiri ada menyediakan beberapa tempat makan yang korang boleh tuju. Cumanya, agak mahal dari tempat biasa..contohnya, segelas teh tarik yang berharga RM?? kat kedai mamak biasa di sini akan menjadi RM8 segelas. so boleh bayangkan la kan..So, nasihat Lala bawak bekalan makanan siap2.Roti ke jajan ke ape ke kat sini sume akan jadi berganda2. Be prepare. Macam family Lala, mama dah siap2 bawak rice cooker n segala 3in1 yang boleh di capai kat rumah sebelum kami bertolak. N jangan main2, siap bawak beras basmathi tau nak masak nasi briyani kat hotel..hahahah!rencah2 sume dah siap..tinggal petik suis jer lagi...dasyat gile..(kalau ada mama, semuanya boleh!) N lauk2 pun dah siap masak kat rumah sebagai bekalan 2 hari kat atas bukit. Tapi kalau korang kaya raya n x kisah..yelah, dah terdesak xprepare ape2 kan, so bayar jela mahal2 pun. It's your choice ^^

* Bumbung hijau tu satu daripada cafe yang ada kat atas Bukit Tinggi ni..siap ade orang yang main gitar and nyanyi2 depan kita tau~ romantik!


Ok, untuk lokasi2 menarik kat atas bukit ni pula, Lala boleh kongsi..tapi maybe di entri yang seterusnya...sebab post ni dah penuh sangat dengan gambar n bebelan2 nenek kebayan...hehe..stay tune! chow ^_^

Clumsy Story #2

Hai semua..
Kesinambungan daripada kisah Clumsy Story #1 sebelum ni and now come the 2nd one... (-__-")

Masa : Petang
Lokasi : Sebuah pusat training di Bangi

Masih lagi kisah yang terjadi di tempat yang sama...orang pun yang sama...yang berbeza cuma perkara...

Kronologi : Kali ni kejadian berlaku sekali lagi di dalam kelas..Cuma aktiviti kali ni lain sikit..dah xde mebina2 ke ape ke..kitorang diberi tugasan untuk membentang sejarah penubuhan syarikat dengan cara yang creative.Terpulang nak buat macamana yang penting sampai..Jadi konon2nye creativela Lala ni kan...kitorang plan nak buat macam ala-ala Quiz gitu..xde la boring..yela, sejarah kan~ (tangan dibahu mata ke atas) teheee ;P


So, potong-potong-dan potong cerita yang x penting...sampai la ke part yang paling penting...turn Lala untuk shoot soalan kat audience...

Lala : "Ok, I choose Ar-Rayyan (dia ni orang Sudan),  the question is...When **** was build? you can still ask your team member if you are not sure the answer..".

Ar-Rayyan : Em...(???) (team members die cuba membantu).....Ok! the answer is in the year of 1999!!

Lala : ".................(pandang Abid<---teammate)" "(Abid pun pandang2)" ("Lah Abid ni, cepatla bagi jawapan  betul ke tak 1999 tu??") ("Semua orang pandang memandang")

Ade la lebih kurang 5 minit kelas tu sunyi menunggu jawapan dari Lala...hai la Lala.... (-_-")

Lala : (pandang semua orang) Em....actually the answer...my notes....I left it in my sit....ehehhh...

Kelas : HUAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHA!!!!!!

Lala pun dah x tangkap ape yang diorang cakap2 sampai riuh kelas tu...sebab dah malu gegila..please la Lala..kalau ye pun kau nak tarik perhatian orang bukan begini caranya...myyyyy~

Ok, fine!

Lala berlari terus ke kerusi untuk mencapai note yang penuh dengan soalan2 dan jawapan yang sepatutnya..malu x boleh diungkap dengan kata-kata beb..Ape hal tukang bagi soalan xde jawapan..Demittt

Kembali kehadapan kelas....

Lala : "Now back to the answer of that question...." (teruskan kuiz sambil menebalkan muka..anggap seperti tiada apa yang telah berlaku) Incorrect!! The answer is ..1996!! (hai la....... -_-")

Kelas : (Sambung riuh lagi.....)

Adoiiiiiiiii...Sekian..



Clumsy Story #1

Di saat2 usia sudah tidak berapa nak muda remaja and kedut2 dimuka sudah menampakkan kehadirannya ni kan....penah x korang kira berapa banyak benda bodoh yang pernah korang buat atas dunia ni? I mean, not 'bodoh' yang 'bodoh' tu...but more like benda-benda yang korang rasa memalukan diri sendiri n rasanya tak sepatutnya terjadi kot..ataupun monolog2 seperti "Oh My God, what am i doing?!!" n "Demit...ini tak sepatutnya terjadi" Yaaahhh..something yang macam tu la...ade x?

Ok, secara jujurnya, Lala mengaku Lala pernah buat benda-benda bodoh tu....bukan sekali...tapi SETIAP KALI!! huaaaaaa..

So, post ni purposely di buat sebagai permulaan kisah2 clumsy Lala..ni kira sebagai kenangan la kan...n jugak, as a reference so that x lupa di kemudian hari...mean, bila buat post macamni, boleh la buat checklist..camni : "oh, yang ni dah pernah terjadi..ok, tick." and " ok, yang ni da jadi, so dah jangan nak repeat balik ok" etc etc etc...

Sebagai pembuka segmen clumsy kali ni, Lala nak kongsi dengan you all clumsy story yang pertama..

Masa   : Petang
Lokasi : Sebuah Pusat Training di Bangi ;)
Kronologi  : Lala sedang 'undergo' (xjumpa malay word yang sesuai) sebuah induction program yang diwajibkan oleh company untuk semua staff2 baru kat sebuah pusat training. So setelah di cut-cut benda yang xpenting untuk di ceritakan, ini kisah sebenarnye...Salah satu aktiviti yang Lala kena buat ialah membina menara KLCC menggunakan lelidi and bebola bermagnet yang you all tengok seperti di bawah ni..


Nampak? cantik x? okeeeeyyy la jugak bukan..hehe..sebagai perkongsian dengan awak-awak semua juga, sejarah pembinaan KLCC ialah ia di bina oleh dua construction company yang berbeza. Sebuah menara dibuat oleh Jepun and yang sebelah lagi by Korea..x percaya? xpercaya sudah..So kitorang sume act as 2 different company trying to construct this tower which means both of our goal should be the same and same goes to the plan, design, size, specs and bla bla bla...Cabarannya ialah, 2 company ni dipisahkan..so, jepun xtau korea bina camne, korea xtau jepun bina camne..juz ada beberapa orang yang dilantik sebagai orang2 besar menjadi reps company yang akan sit together with the other company's reps to discuss the plan and semua2 yang di atas tadi so that everything will be align..kan? Reps ni akan go back to their respective company and communicate ape yang diorang dah bincang dalam meeting bersama company yang lagi satu tu dengan team members. Cuma Lala nak korang tau la kan...bende ni memang susah gile..name je ramai engineer dalam group ni tapi xde sorang pun amik civil..haha. So agak merangkak2 jugakla kitorang ni kan nak memplan dan sebagainya. Masa yang di beri hanyalah selama 1 1/2 jam x silap...Setelah bertungkus lumus, masa pun habis...malah sudah terlebih dari masa yang dijanjikan...soooooo, sume team member yang lambat or melebihi masa kena denda..seringgit untuk satu minit yang telah dibazirkan..huooooo..masyukkk wehh...kitorang ade tabung tau..name die "Tabung mualambat". Anything that relates to 'lambat' akan menderma paksa ke tabung ini..haha! Ok2, sambung balik..lepas semua da siap membina, cabaran seterusnya adalah upacara penyambungan 2 tower ni..nak gerak sikit pun dah roboh..inikan lagi nak menyambung2..tapi at last inilah hasilnya..kami semua bertepuk tangan dan merasa amat bangga kerana telah berjaya mendirikan sebuah bangunan yang walaupun x setinggi bangunan KLCC yang sebenar tetapi kami puas dengan hasil kerja dari titik peluh sendiri...jerih perih dan kerjasama pasukan tu yang lebih penting..kan kan kan...then, in the end of the class fesi pun suruhla buat recap kan...kitorang pun kembali ke tempat masing2 dimana tempat Lala adalah ditengah belakang kelas..(sitting arrangement adalah berbentuk 'U' untuk pengetahuan anda semua)..dan KLCC tadi pula telah diletakkan diatas meja juga jauuuuhh di belakang kelas. Jadi kan you all, bila tengah discuss in group tentang pengajaran2 yang kami dapat daripada aktiviti ini..Lala sambil2 usha2 balik KLCC ni..Lawaaaa~...(angguk2). Then fokus balik dalam perbincangan kumpulan...sambil bersandar dimeja...then......TRANGGGGGGG!!!!!! meja tu terbalik!!! n KLCC pun roboh!!!! omaigod!!!! Disebabkan sangat terkejut, Lala x toleh pun tengok sejauh mana kemusnahan yang telah terjadi dibelakang Lala tu...just pandang ke arah warga2 kelas yang sedang tertumpu perhatiannya kepada Lala dan juga kemusnahan dibelakang. Jadi....Lala hanya mampu....membuntangkan mata...menelan air liur yang kering dan kelu seribu bahasa...Sekian, wasalam..

Tuesday, July 10, 2012

::I'm back n this is the story of 'Me'.::

Assalamualaikum....

First thing first Lala ucapkan selamat kembali kepada diri sendiri kerana berjaya mengigihkan jari menaip 'www.blogspot.com' > 'klik login' > ................uih??apesal blogspot dah jadi cengginih?? virus2! eiih?? 
haaa nampak x?? Lame gila x bukak blog ni eh..Bersawang2 blog ni...hantu pun sempat la nak bermalam semalam dua...k,xpayah nak mention hantu lame2 sebab aku takut hantu.Haha!

Sebenarnye ade reason kenapa Lala tersangatlah lamanya x update blog ni...Sebabnye mudah, nak kumpul cerita..kumpul dulu banyak2 pastu shoot pungpangpungpang sampai bengkak..Boleh gitu?hari2 nak update sampai aku dah habis topik weh...haha..boring gile kan?Whatever lah..

Ok, itu ajelah. Xperlu nak membebel panjang2 setakat nak bagitau aku dah lame sangat x update blog ni kot kan..kekeke...So korang, stay tune untuk menanti semua cerita terkumpul Lala pasni key.. 

*Abok! mmmuah!


Bye! ^_^ 

Friday, March 30, 2012

::Alaaaahaiiiii::

Rasanya la kan...selama 25 tahun hidup kat bumi ni, hari ni la hari paling malang and hari serabot dunia...

Bagun pergi kerja lambat...xcukup tido...wuuuu~
Iron lupe nak 'off'....
Tingkap kereta plak boleh rosak, xdapat tutup separuh...
Dah la tingkap rosak, terbukak separuh..on the way gi kerja, hujan pulak tu...nasib x basah kuyup kereta tu...
Dah nama pun hujan, konfem jalan automatik jemmm...
Disebabkan jem, Lala sampai ofis lewat tau.. :'(
Sampai ofis, terus standby untuk ke career fair pulak...
Perut lapa ni....
Orang ramai gile...nak makan pun x sempat...
Balik opis balik konon2 nak tolong orang payroll...
Keluar sekejap tolong beli makanan untuk diorang yang standby balik lewat hari ni....
Balik2 ofis balik (pergh berapa kali ulang alik nih????) nak alih kete ke basement, kete xboleh start pulekkkkkk!!!!
Rupanya lampu lupa tutup...
Dengan tingkap terbukak, lampu terbukak...hadoiiiii....
Setelah member bertungkus lumus untuk membantu finally boleh la start balik enjin...
Minyak pulak kering!!!!!
Batery dah la masalah, ade hati nak gi singgah isi minyak lagi???
Akhirnya kena batalkan hajat nak membantu mereka yang tak cukup orang tu...Im so sorry u all... T_T
Direct balik terus n terpaksa jugak singgah isi minyak n terpaksa tawakal matikan enjin...
Akhirnya sampi jugak ke rumah...akhirnya okeee...Sekarang saya perlu rehat..

Saturday, March 24, 2012

::Lala @ France::

Helloww~~ Apa khabarieenyeepun haduiii~~
Hehe..kuat gak pengaruh Johan Rajalawak dalam diri Lala sekarang ni.. Tapi entry kali ni bukan nak cerita pasal Johan...Entry kali ni Lala nak share ngan uolss experience Lala bercuti ke Bukit Tinggi..Di mana? Bukit Tinggi, Pahang la uolsss ^^ Mesti ramai je yang dah naik ke Bukit Tinggi ni kan...tapi x kesahlah..alang2 dah terbaca entry ni, uolss teruskan aje le ye...

Ekceli kitorang satu family nak celebrate beday abang em yang jatuh pada 12 March 2011..belated pun belated lahh..janji celebratekan..kebetulan cuti tu jatuh masa cuti sekolah, kira pucuk di cita ulam mendatang boleh bawak emir ngan iman bergumbira2 sekali ^^ Seumor
hidup Lala, inilah....second time naik ke Bukit Tinggi..1st dulu, time Lala baru kenal2 ngan sekolah menengah..means selang 10 tahun baru dapat peluang macam ni.. :P watever!haha!

Aturan aktiviti yang Lala susun untuk semua kali ni Alhamdulillah berjalan dengan lancar walaupun ada kureng skit di sana di sini..(I'm the secretariat of the family okeee..do u care??haha!) We olss gerak dari rumah pukul 12.30 lebih kurang gitu la..ingatkan jauh sangat dari KL tempat ni..rupenye dekat??juz kena lalu MRR2 yang memang pedajal punya jemmm...caishh..

Gather and lunch kat R&R Genting Sempah(<----betul ke name die ni??) and uolss nak tau ape kitorang dapat kat sana? Tengah sedap2 makan ketupat palas n rendang en, tetiba ada air menitik atas tangan K.oni (yang tengah mencicah2 rendang)....kami pun tercari2 sumber air tersebut....Burung???Yeeeeekkkkkssssss!!!!!eeeuuwwwwww x uolss?! HAHAHA! Hai la burung, dalam banyak2 tempat, kat sini jugak jamban ko....*sigh. So?Stop makan la ape lagi! eee, terpikir pun rase nak muntah..kekeke..

Perjalanan diteruskan...selang beberapa kilometer maybe 5-6 km gitu dah jumpa exit Bukit Tinggi..yeyey ^^..Teruja sangat ok, walaupun muka pucat gila menandakan Lala xde mood hari tu....eh, cam xmasukla pulak?teruja tapi xde mood??ahh, xkesahla...ingatkan dah nak sampai la kan sebab dah masuk entrance..sekali......10km ahead untuk sampai ke puncak! weehoo...! Berombak kejap otak den ni ha dok jalan mengkang mengkokk...sabar..sabar...

After half n hour, finally...sampai ke destinasi...xsangka uolss!! This is superb!! Awesome gilerr!! Lala ni....2nd time tau datang...sepatutnya xla sebatak macam ni...tapi ape aku peduli!! saya sangat sukaaa!! oh my,oh my!! Semuanya melangkaui tahap imaginasi dewa dewi purnama
alam!! haha, u r such a nonsense la girl!! korang nampak betapa bataknye Lala masa tu? Sumpah best!!

Mana x nya..xsangka mama booking hotel macam ni..n mama pun xtau die booking kat cini..sebab booking tru online je kan..Haha! Funny la u mom..rasanya kami dua orang la paling batak sekali..campur ngan Iman n Emir ofkos..tengokla mulut budak kecik 2 orang ni...dok tersengihhhh je dari masa keluar kereta..suka la tu ;P untungla ..untunglaaaaa.

* Menyengih saje budak kecik sorang ni..hewhew

* Jangan tanya kenapa gambar ni terbalik..sebab Lala pun xtahu..Mine is ok.
but can u see? Colmar Tropical - French Themed Village...gempak x??haha..

* Sumpah cantik gila tempat ni..xpuas rasanya.. Mama <3

* Bukan nak tayang yang 'si putih' tu..Ampa tengok elok2 cikit na...

* munch * *munch*

Nantikan sambungan Lala @ Bukit Tinggi di entry seterusnya.... ^^